BISMILLAHIROHMANNIROHIM
BUDAYA HEDONISME
Maksud Hedonisme
Hedonisme berasal dari perkataan
Greek dan telah wujud sebelum
Masihi lagi. Ia membawa maksud ‘kesenangan’ atau dalam erti kata lain, menjadikan
kesenangan dunia untuk beroleh ketenangan rohani. Ia adalah pola pemikiran yang menjadikan
hiburan sebagai jalan untuk bebas dari permasalahan dan tekanan batas kehidupan
yang dianggap rumit. Salah satu masyarakat yang mengamalkan hedonisme ialah masyarakat Pompeii. Kini, masyarakat Pompeii hanya terbuku dalam
lipatan sejarah dunia.
Hedonisme merupakan isu sosial yang hebat diperkatakan masa kini. Boleh dikatakan banyak pihak yang menentang gejala hedonisme
kerana ia merupakan satu perilaku ‘sub-budaya’
yang negatif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja.
Kita sebagai rakyat Malaysia yang memartabatkan Islam sebagai agama
persekutuan dan berpegang kepada adab budaya ketimuran perlu menolak
gejala ini. Malah, seluruh negara dan bangsa yang menghormati adab
ketimuran serta berpegang kepada amalan dan kepercayaan agama-agama lain juga pasti tidak bersetuju terhadapnya.
Gejala Hedonisme dalam masyarakat kini.
Kini, hedonisme telah menjadi ‘ideologi’ gaya hidup
bebas terutamanya remaja dan golongan belia sesetengah masyarakat kita. Ia
menyusup masuk secara halus tanpa kebanyakkan dari kita sedari. Berdasarkan
pengkajian, budaya hedonisme ini sebenarnya telah bertapak di Malaysia sejak
era 60an akan tetapi dalam skala yang sangat kecil. Namun dari era joget
lambak, cha-cha dan rock n roll, ia berkembang secara senyap sehinggalah ke era
musik tekno, jungle dan sebagainya, seterusnya bangkit menjadi satu sub budaya
yang boleh menggugat kesejahteraan masyarakat.
Budaya
hedonisme mengutamakan hiburan dan pergaulan bebas semata-mata “apa-apa
pun ok, janji fun“. Tak kisahlah apa cara sekalipun asalkan ianya dapat
menaikkan kepuasan berhibur pada tahap yang maksimum dan berterusan. Kepada
yang biasa mengikuti pesta, konsert atau gigs yang pada asasnya adalah biasa
pastinya pernah mengalami situasi dimana sesuatu yang tidak dijangka menjadikan
pesta atau konsert itu lebih ‘havoc’, panas atau merapu dari yang disangkakan.
Kebiasaannya tamat pada jam 12 malam, tetapi kebanyakkannya berterusan sehingga
pagi. Ada juga yang menyambung pergi ke tempat-tempat hiburan lain atau
berpesta di rumah-rumah bujang dan terus ber’party’ hingga ke siang hari."berpesta
tidak ingat dunia punya".itulah budaya hedonisme dan ia bermula dalam
diri masyarakat itu sendiri.
Boleh
dikatakan yang ia terhasil akibat daripada keruntuhan dan kurangnya
keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan sahaja boleh
terjadi dalam keluarga yang berantakan, tetapi juga dalam keluarga yang
berjaya. Anak-anak muda merasakan tiada sokongan dan pemahaman dari keluarga
terhadap jiwa dan trend dunia mereka. Jiwa ‘rebel’ mereka memilih cara hidup
hedonisme sebagai sub budaya untuk mengisi kekosongan jiwa melalui pengaruh dan
tekanan rakan sebaya (peer pressure) tanpa mereka sendiri sedari. Akhirnya ada
yang sanggup menipu ibu bapa dengan meminta izin untuk tidur di rumah kawan,
sebaliknya pergi berhibur di tempat-tempat lain.
Hedonisme yang semakin hari menjadi nanah
dalam jiwa golongan remaja ini timbul berikutan sikap remaja itu
sendiri yang sentiasa mahukan hiburan dan keseronokan dalam hidup dan
menganggap keseronokan itu sebagai ‘trend’ atau cara hidup remaja pada masa
kini . Bagi mereka hidup dalam usia muda hanya sekali. Oleh sebab itu, mereka
tidak mahu dikongkong oleh sesiapapun dan mahukan kebebasan sepenuhnya agar
segala aktiviti yang tidak berfaedah dapat mereka lakukan.
Keruntuhan institusi
keluarga dan kepincangan rumahtangga yang berpunca daripada perceraian,
poligami dan sebagainya juga memberi tekanan kepada jiwa remaja. Sekaligus
menyebabkan mereka bertindak mencari ketenangan di luar rumah dengan
menghabiskan masa bergaul dengan rakan-rakan yang memahami perasaan dan masalah
mereka. Dengan cara itu, mereka dapat melupakan masalah yang mereka hadapi
seterusnya lena dibuai keseronokan bersama kawan-kawan.
Kehidupan yang
terkongkong serta tidak bebas
juga memberi tekanan kepada remaja seterusnya menyebabkan mereka mengambil
jalan mudah dengan melarikan diri dari rumah bagi memenuhi tuntutan jiwa yang
banyak masalah . Remaja yang tidak mempunyai tempat pergantungan yang kukuh
juga menjadi alasan bagi mereka untuk mencari ketenangan di luar bersama
rakan-rakan yang pastinya menjanjikan seribu keseronokan dan kepuasan kepada
mereka.
Sikap ibu bapa yang
kurang memberikan pengawasan kepada
anak-anak juga memberi peluang kepada remaja-remaja ini untuk keluar
berpeleseran dan menghabiskan masa terluang dengan aktiviti yang tidak
bermanfaat. Kebanyakan ibu bapa pada hari ini lebih mengejar kemewahan duniawi
dan kepentingan materialistic semata-mata sehingga mengabaikan kebajikan
anak-anak. Ekoran daripada sikap ibu bapa tersebut, anak-anak pastinya terbiar,
tidak dapat perhatian dan kasih sayang. Malah, lebih teruk lagi terdapat juga
anak-anak merasakan bahawa diri mereka tidak diperlukan lagi. Sehubungan dengan
itu, mereka mencari ketenangan serta keseronokan di luar dan bercampur dengan
rakan-rakan yang mengalami nasib yang sama.
CARA MENGATASI MASALAH HEDONISME
1- Perlunya kearifan dalam memilih barang agar tidak terjebak dalam
konsumerisme.
2- Menanamkan pola hidup sederhana dalam kehidupan sehari-hari
3- Dalam memilih barang mahasiswa perlu membuat skala protitas dalam berbelanja
sehingga dapat membezakan barang yang benar-benar diperlukan dan barang-barang
yang diinginkan namun tidak diperlukan.
4- Penerapan pola hidup sederhana dalam kegiatan sehari-hari
diperlukan untuk mengatur keuangan mahasiswa agar pendapatan yang biasanya
berasal dari orang tua tidaklah lebih kecil daripada pengeluaran.
5- Adanya kedewasaan dalam berfikir sehingga mahasiwa dapat
membentengi diri dari pola hidup konsumerisme.
6- Memilih gaya hidup hedonisme, terus terang tidak akan pernah
memberikan kepuasan dan kebahagiaan. Ibarat minum air garam, makin diminum
makin haus. Bagi yang belum terlanjur menjadi pengidola hedonisme maka
segeralah balik ke jalan yang asal. Bahawa kebahagiaan hidup ada pada hati yang
bening, saatnya bagi kita kembali untuk menyuburkan akar-akar spiritual kembali
ke jalan illahi, tumbuhkan jiwa peduli pada sesama buang jauh-jauh karakter
selfish (mementingkan diri sendiri) dan miliki multi kekuatan – kuat otak,
kuat otot, kuat kemampuan berkomunikasi, kuat beribadah, dan kuat mencari
rezeki.
PENGAJARAN BAGI BUDAYA HEDONISME
Pengajaran bagi masalah hedonisme ini adalah :
1)
Sebagai seorang remaja
masa kini, kita haruslah berhati-hati dalam memilih rakan sebaya supaya tidak
terpengaruh akan budaya yang tidak diingini seperti budaya hedonisme.
2)
Selain daripada itu,
kita haruslah memanfaatkan waktu lapang dengan kerja-kerja yang berfaedah
seperti berkebun, bersukan, dan sebagainya.
3) Generasi muda juga, perlu bijak menangani arus
perubahan globalisasi. Yang baik diterima dan yang buruk ditolak.
4) Seterusnya, ibu bapa juga perlu banyak memberi
perhatian kepada anak muda zaman sekarang, kerana anak muda zaman sekarang
terlalu mudah untuk dipengaruhi oleh perubahan semasa.
5) Akhir
sekali, remaja perlulah sentiasa bijak dalam mengenal situasi sama ada situasi
yang baik mahupun situasi yang buruk.
"Jika mahu melihat masa hadapan sesebuah negara, maka lihatlah keadaan anak muda hari ini"
-Imam Al Ghazali -
cara mengatasi tu tiber je konsumerisme wkwkwkwkwkwkwkwk
BalasPadamTarik sisss.. Tiberrr ahahahahha
PadamBodo
Padamdia macam tiber tapi takpelah
PadamReport diorang 4 niee
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamContoh budaya hedonisme
BalasPadamthank you soo much !!!!
BalasPadam